Seorang guru berkata pada anak muridnya...
" awak ni, cuba datang kelas awal!"...(sebenarnya murid2 tu terlewat krn kelas yg sebelumnya habis lewat)...
Tetapi, murid2 tersebut pun redha jelah dimarahi krn mengenangkan memang salah mereka tak stop cikgu sebelumnya apabila masa dia dah tamat....
Tetapi dalam fikiran salah seorang murid ni, dia terfikir sesuatu...
"eh, cikgu ni dah berubah ke? kalau ikutkan, dia lagi selalu tak masuk kelas dgn macam2 alasan...kadang2, yg tak munasabah pun ada..."
Cikgu tadi menyambung lagi 'nasihat'nya....
"Patutnya, awak lambat 10 minit, kita kena balik lewat 10 minit".
"wah, ni lagi maju, memang best lah,...cikgu dah betul2 berubah...cikgu dah jadi cikgu yg amanah dgn masa...dah jadi cikgu berintegriti!!!"
Murid tersebut dah mula berbunga2 dihati mengenangkan sikap gurunya yg dah berubah ke arah kebaikan...
Tetapi, kuntuman bunga dihatinya mati tiba2 apabila cikgu tersebut menyambung lagi nasihatnya...
"awak semua ni, tahu tak yg sekarang guru besar selalu buat checking terhadap cikgu2, kalau dia tahu saya tak mengajar kamu ikut jadual, habislah saya...kalau nazir datang check macam mana? apa saya nak jawab?..."
"Ni, kerja saya bagi, kenapa tak siapkan? Kalau guru besar check buku awak mesti saya yg dipersoalkan"
"Tapi cikgu, kenapa latihan yg dah dulu2 cikgu tak tanda lagi?"
"Oh, tu saya tak sempat! Awak tanda sendiri jelah"
Hah, itulah dia hakikat...
- Jangan masuk kelas lambat, sebab takut guru besar check.
- Jangan tak siap kerja sekolah, takut nazir check.
- Apabila cikgu takde dalam kelas, awak kena duduk library...jgn duduk dalam kelas, nanti kantoi saya takde...lagi2 dgn guru besar.
SEPATUTNYA,...
LAKSANAKAN SEGALA TANGGUNGJAWAB LILLAHI TAALA...KERANA ALLAH TAALA...
BARU SEGALA URUSAN MUDAH DILAKSANA.
....selamat segala perhitungan di dunia dan akhirat....
...anak2 murid pun tak konfius dgn maksud nilai amanah dgn masa...
.. baru terjana generasi yg berintegriti..
INGAT: ALLAH SENTIASA BUAT 'CHECKING'!!!!
p/s: kisah ini bukan sahaja boleh berlaku di sekolah sahaja..
boleh diaplikasikan di mana2 shj..
sama ada di IPT, pejabat, dan segala institusi berkaitan...
pesanan pengarang:
orang bawahan sentiasa belajar daripada orang atasannya...jadi, orang atasan bertanggungjawab mencorak sikap generasi yg bakal menggantikan posisinya suatu hari nanti...baikkah @ burukkah????
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadampesanan dpd bakal guru kpd guru....mantap dan hebat....
BalasPadamhaha...tq hakim..
BalasPadam