Islamic Widget

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Selasa, 25 Oktober 2011

cintaku buat si Doktor



Aku dah lama jatuh suka dengan doktor ni. Sejak sekolah lagi. Tapi baru sekarang aku sedar aku mula mencintainya. Mungkin sebab sejak dua menjak ni aku suka baca blog doktor, novel doktor, dan mendengar suara hati doktor. Semuanya menyebabkan kasih mula bercambah.

Tapi apakan daya, aku takde jodoh dengan doktor. Tapi aku sedar, itulah yang terbaik. Allah Maha Tahu.  Allah tahu, aku tak layak dengan doktor. Aku tak sabar, ingatan aku tak kuat, aku tak suka hafal fakta, aku tak tahan kalau kena kerja lama2, n banyak lagilah.

Dulu masa sekolah, aku suka belajar biologi. Suka tengok proses biologi. Hatta, sekarang pon aku masih suka. Aku suka tahu pasal info2 perubatan.  Tapi, tulah, Allah tak beri aku kelebihan yg ada dalam diri seorang doktor. Result biologi aku pon hampeh, tak pandai nak jawab essay pon =P

Okay2….aku nak jelaskan balik isi sebenar cerita ni….

Aku sejak dua menjak ni terkagum dengan profesion doktor ni. [bukannya dengan seorang jejaka bergelar doktor ye]. Lagi2 kalau doktor tu beriman n mengamalkan hidup seorang muslim sebenar. Selama ni, aku tak terfikir langsung mengenai cara bekerja doktor kat Malaysia ni. Rupa2nya, subhanallah…profesion doktorlah yg paling tak sihat sekali yg aku pernah tahu.

Bayangkanlah kalau doktor yg baru habis belajar, dorang akan bekerja sbg HO (Houseman). [maap doktor2 sekalian, jika saya salah bagi info, betulkan ye]. Dalam tempoh ni, dorang kena bekerja ikut waktu pejabat (8pg-5ptg)+ oncall (5ptg-8pg). Memang la oncall tu bukan tiap2 hari, tapi kadang2 hanyalah selang sehari. Pertama kali aku tahu, dalam hati aku kata….”nak mampos, larat ke nak kerja?”. Tapi itu la hakikat tanggungjawab jadi doktor.

Aku dah saaaaaaangat sedar kenapa dulu aku tak terdorong jadi doktor. Betapa tidak layaknya aku dengan kerja ni. Aku yg kadang2 kena stay up siapkan assignment pon dah rasa cam nak pengsan n macam orang gila keesokan harinya, inikan pula nak kerja cam doktor HO tu….memang tak ah!

Dalam tempoh tu jugak, doktor tu perlu menahan perasaan dgn perangai org sekeliling. Dorang ni, ada potensi besar utk selalu dimarah oleh doktor senior n jururawat2. Yelah, doktor ni baru je setahun jagung jadi doktor. Mestilah banyak benda lagi yg dorang tak tahu. N masalah akan bertambah lagi apabila perlu melayan perangai pesakit+waris pesakit yg macam2 hal.

Aku juga baru tahu yg nisbah doktor n rakyat Malaysia ialah 1: 1000++. Gila kan? Aku yg akan mengadap anak murid satu kelas yg nisbah guru n anak murid ialah 1:40 pon dah cukup rasa tertekan.

Masa oncall tu, doktor ni, bukannya kena berjaga je macam pakcik jaga. Tapi dorang mungkin terpaksa mengendali kes2 berat macam pesakit tetiba tenat ke, perlukan pembedahan segera ke, nak terberanak ke….n macam2 lagilah. Kalau akulah yg berada kat posisi dorang tu, dahlah penat, mengantuk, tak cukup makan, memang dah tak laratlah nak buat apa2. Tapi dorang, sanggup buat apa shj demi membantu para pesakit mendapatkan hidup yg lebih sihat.

Yg pasal makan tu, berdasarkan pengetahuan aku yg tak berapa nak ada ni,  doktor + jururawat mmg takde tempoh n waktu rehat yg spesifik sepanjang waktu dorang bekerja. [maap sekali lagi jika tersalah info]. Doktor2 ni, punyalah sibuk sampai nak menyuap sesuap nasi pon tak sempat. Ada doktor tu, tak sempat nak berbuka puasa dgn nasi pon masa dlm bulan Ramadan. Dia cuma sempat makan gula2 je. [pergh, kalau aku dah tak berdaya dah lau tak makan].

Gila dahsyat la pengorbanan dorang. Pada aku, tak kiralah sebanyak mana pon kerajaan naikkan gaji dorang, takkan setanding dengan apa yg telah dorang sumbangkan utk masyarakat.

Tapi, kita sebagai masyarakat yg bukan doktor, suka merungut macam2. Doktor lambatlah, cek lama sangatlah, cek sekejap sangatlah, tak senyumlah, tak ramahlah, tak cekaplah n macam2 lagilah. Kita tak tahu apa yg dorang alami hari tu. Ntah2 dorang tu dah 2 hari tak rehat langsung. Hatta nak duduk pon tak sempat. Kita pulak sibuk nak suruh doktor tu senyum sehabis ikhlas. Dorang pon manusia beb. Ada hati n perasaan.

Kalau kita nak komplen hospital kerajaan kena tunggu giliran lama sangat, cuba korang renung balik nisbah doktor n rakyat Malaysia yg aku tulis kat atas tadi. Memang logiklah sangat kesesakan pesakit berlaku. Tp memang tak dinafikanlah kadang2 masalah pengurusan yg lambat boleh menjadi faktor kelambatan pesakit mendapatkan rawatan. Tapi aku lebih suka nak husnuzon (bersangka baik), doktor2 ni lambat sebab terlalu ramai pesakit yg perlukan rawatan.

N setiap pesakit perlu dirawat dgn penuh cermat dan bijak. Bayangkan, kalau doktor tu, cek ala kadar je n tersalah tafsir penyakit pesakit tu. Apa akan jadi? Tak ke huru hara jadi nye.

Oleh itu, saya sebagai wakil masyarakat bukan doktor, ingin mengucapkan berjuta-juta penghargaan kepada masyarakat doktor yg amanah memikul tanggungjawab. Semoga Allah balas  pengorbanan kalian di akhirat kelak.

Buat sahabatku Siti Nor Ain Kamarudin, semoga Allah beri kekuatan kepadamu utk menjadi doktor muslimah yg amanah menjalankan tugas. Kau patut berbangga kerana ALLAH memilihmu. KAU DIPILIH KERANA KAU LAYAK.

“ …kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya…” 
(Surah Al-a’raf ,7: 42)

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,‘kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji?”
(Surah Al-‘ankabut, 29: 2)

Bersabarlah wahai sahabatku n mintalah bantuan daripada Yang Maha Pengasih. Dia sedang berbicara denganmu melalui segala ujian yg diberikanNYA kepada mu. Semoga kau terus kuat! Aku sentiasa mendoakanmu.


Nota 1: Aku cadangkan korang baca novel bertajuk DENYUT KASIH MEDIK yg sangat mantop isi kandungannya.

Nota 2: Kalau ada info yg tak tepat, harap dapat ditegur =P 

Nota 3: Cintaku terhadap doktor sudah tentulah tak melebihi cintaku terhadap cikgu Matematik

Isnin, 17 Oktober 2011

Sebab... aku kan adik


“kenapa aku tak nak ada handfon sblm aku habis form 5?”
Sebab kakak aku dapat handfon masa dia form 6.
“kenapa aku tak ambil lesen lagi?”
Sebab kakak aku tak ambil lesen lagi.
“kenapa aku tak berani nak minta dicarikan jodoh?”
Sebab kakak aku tak kahwin lagi.

Ok, ni BUKAN gambar aku dgn kakak aku

Walau macam mana pon alasan aku, yg lebih senang difahami ialah sebab AKU KAN ADIK. Walaupun kakak aku tak pernah pon  nak larang aku daripada buat semua benda tu [kecuali yg bab kahwin tu =P], aku tak suka aku dapat lebih daripada dia. Aku tak suka kalau dia rasa mak dan abah lebihkan aku. Aku tak suka tengok dia sedih kalau dia rasa aku lebih daripada dia.

Korang mesti fikir aku bajet macam adik yg baik. Ya, aku akui aku bukan adik yg baik. Aku selalu tunjuk garang kat kakak aku. Aku marah bila dia usik2 aku. Aku selalu jeling2 dia. Aku selalu buat muka tak puas hati dengan dia.

Aku marah2 bila dia usik aku, sebab aku malu [cover malu]. N aku rasa, dia suka usik aku pon sbb dia suka tengok aku marah2. [yela, kalau usik orang, bila ada respon la baru best, ya tak?].

Aku selalu buat muka tak puas hati dengan dia apabila aku memang tengah tak puas hati dengan dia, tapi aku tak boleh nak luah kat dia, sebab aku takut dia kecik hati. Time tu lah aku akan asyik jeling2 dia. Tak nak cakap dengan dia.

Aku pon pernah jerit2 kat dia, marah2 dia. Tak padahal kecik je pon problemnya. Ni jadi sebab, aku ni kalau dah mula marah, + dgn tetiba teringat semua sakit hati aku yg lepas2, aku akan jadi terlalu marah. N, BOOOOOOM meletus macam gunung berapi. Tapi, lepas aku marah tu, bila dah reda, aku akan rasa bersalah la pulak. [then, aku nangis]

Lagi satu, aku akan rasa awkward kalau baru lepas gaduh, nak terus buat macam takde apa-apa yg jadi [dia memang pakar bab2 tu].

Dulu masa kecik2, aku selalu sedih kenapa aku kena pakai baju sekolah kakak aku, beg sekolah kakak aku, kalkulator kakak aku, baju kurung kakak aku, kasut kakak aku. N jawapannya, sebab aku kan adik.

Tapi bila dah lama2, aku dah jadi terbiasa. Sekarang, pantang kalau ada barang yg dia dah tak nak, semua aku nak. Beg dia yg dah koyak pon aku nak, seluar dia yg dah longgar pon aku nak, tudung dia dah tak nak pakai pon aku nak. Sebab, aku kedekut…kalau aku ambil barang dia, aku tak keluar modal. Kalau koyak, aku jahit…kalau dah tak best, aku alter ...huhu kan best dapat pakai barang yg baru (yg org lain tak pernah nampak aku pakai) tanpa keluar modal (n_n).

Huhu…pelikkan perangai aku…[ntah pape ntah =)]. Lagi satu perangai aku, aku tak berapa suka nak express aku sayang kat dia ke, aku rindu kat dia ke…(eeee…sekarang pon aku geli nak tulis), sebab aku malu sebenarnya. Kesian dia, selalu tulis kat wall aku benda2 tu semua. Tapi aku buat tak layan je. [malu beb, hilang kebrutalan aku].

Apa2 pon aku harap dia faham aku. Aku harap dia happy aku jadi adik dia. Aku harap dia bahagia. Aku harap dia terima kekurangan aku. Aku harap dia maafkan aku. Aku harap dia akan terus sayang aku. Aku harap dia selalu doakan aku. [jap2, air mata meleleh…lap jap]….em…[ok, aku mengaku aku tacing].

Dah la kot…kalau nak cerita kisah 20 tahun pengalaman aku memegang jawatan sebagai adik kepada kakak aku kang tak habis2 pulak. Sebelum tamatkan kisah, AKU NAK TEGASKAN YANG AKU BUKAN ADIK YG BAIK! N banyak je lagi keburukan aku yg aku tak cerita. [yela, mana ada orang nak burukkan reputasi sendiri]. Okaylah….

-tamat-

Nota 1: Kak, kalau ko baca post ni, adik harap ko tak rasa malu, sebab adik takde niat nak buruk2kan ko.

Nota 2: Kak, kalau ko baca post ni, ko buat2 la tak baca, sbb nanti adik MALU.

Nota 3: Kak, adik nak kakak tahu yg adik sayang kakak. Mak dan abah pun sayang kakak. [mak abah selalu ambil berat pasal kakak, diorang tak pernah lebihkan adik, bahkan diorang akan utamakan kakak sebab kakak adalah yg pertama].

Nota 4: Kak, tanpa kakak adik mungkin tak ada dalam posisi sekarang. Adik banyak belajar drpd kakak. Jika kakak pernah terjatuh di suatu jalan, adik akan elak jalan itu. Jika kakak tersalah pilih jalan, adik tak akan pilih jalan itu. Tq sis!  

Ahad, 16 Oktober 2011

zooooooauuuumm

Tadi aku pergi zoo…yeay [jom tepuk tangan macam anjing laut]…akhirnya, setelah 20 tahun hidup, aku dapat juga menjejakkan kaki ke Zoo Negara. bukannya mak abah tak pernah bawa gi zoo Melaka, tapi waktu tu aku baru berumur dalam lingkungan 7 bulan…hah?..[yup, korang tak salah baca, 7 bulan!]. So, apalah sangat yg aku boleh tengok melalui perspektif budak berumur 7 bulan.
Aku pergi dengan classmate. Classmates + aku = 19 orang, tapi  - seorang =18 orang. Maka, kami berlapan belas ni naik la 4 biji kereta pergi zoo negara. Dengan semangatnya kitorang budak perempuan bersiap sebelum 8.45 pagi, tapi budak lelaki siap lebih kurang setengah jam lepas tu…[kitorang memang suka sangat tunggu diorang bersiap-ayat sarkastik- ]. Dipendekkan cerita, kitorang sampai lebih kurang pukul 10 lebih. Kredit to driver~terima kasih daun keladi =).

Harga tiket RM20, tu kalau bawa Mykad la. Nampak macam mahal, tetapi DEMI MELIHAT PAK GAJAH n friends, aku sanggup bayar. Kitorang pon menjelajah dengan agak jakunnya. [tapi aku CONTROL jakun, tengok pon dari jauh je…tak padahal TAKOT] huhu. Nak dijadikan ceritanya, classmate aku sorang ni injured time masuk match bola baling semalam. Kesian aku tengok, terjengkit-jengkit. Tapi, serius aku kesian+simpati+tak sampai hati. Dah la dia yg drive tadi. N dia gagahkan la juga diri utk berjalan bertongkatkan payung. Tapi, manalah larat nak menjelajah zoo dengan gaya macam tu. Tapi adatlah, ORANG DEGIL. [jgn lah dia baca,…=P].

Setelah menyaksikan pertunjukkan anjing laut n friends, kawan aku tadi tu pon akur lah terpaksa menaiki WILCHA. Serius macam _akcik2. Kesian dia. Muka pasrah je. N tadi aku pon berpeluanglah menolak kawan aku yg berwilcha tu. Sebenarnya aku nak rasa sendiri, betulkah roda adalah teknologi yang mampu mengurangkan rasa berat beban? N jawapannya YA! Aku mampu tolak kawan aku yg lebih kurang 2 kali ganda drpd berat aku. [best gak tolak wilcha ni].

Hah, alang2 cerita pasal ala2 kajian ni, tadi aku sedar something, yg aku ni memang pelik. Bayangkanlah, tadi aku masuk kawasan akuarium ikan, (memang semua ikan2 tu unik n cantik! Subhanallah) tapi bukan tentang ikan tu yg menarik daya berfikir aku. Tapi aku fikir pasal tekanan air n ketebalan cermin akuarium tu. Pelik kan? Tak padahal aku da lupa pon semua rumus2 fizik tu. N aku tak dapat A1 pon subjek tu utk SPM.

Ok, berbalik pad cerita zoo tadi, kitorang tengok gajah, zirafah, buaya, ular, kura2. Tapi, apabila kami ingin teruskan penerokaan kami, dengan romantiknya hujan turun. Bagus juga sebenarnya, apabila hujan, semua baru nak ingat solat zohor (astaghfirullah). Lepas solat, kitorang sempat tengok harimau yg sibuk melepak berdua-duaan. N hujan pon terus lebat. Kami berlindung. Sempatlah juga denga singa mengaum,…auuuum. Bunyinya pelik, macam bukan keluar drpd peti suara.

Lepas soksek2, kami pon keluar, ambil gambar, makan2 kat food court mall mana entah n balik. Sekarang sakit tulang belakang + pinggang + perut = (penat + sengal)x2
-tamat-

*wilcha= wheel chair
* nak pergi zooo, buka mata luas2, tutup hidung rapat2...

Note 1: mentang2 tengah rajin, satu hari sampai 2 post, melampau. 
Note 2: mesti korang pelik kenapa aku label cinta kat cerita ni. Jawapannya, ada tersirat dalam kisah ni. [pandai2 la korang fikir...selamat berfikir!]

Mulakan langkah dengan CINTA


Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim…
Setelah berbulan-bulan aku tak update blog aku ni,…aku mula berfikir apakah tujuan aku buat blog ni…n setelah bla….bla….bla…. [ok, lau nak crite kisah slma 6 bln tu mmg pnjg]..

Oleh sebab aku ni nak jadi cikgu,…aku mula dgn topik pasal cikgu lah. Aku ni mmg dari sejak aku dapat perbendaharaan kata  ‘cita-cita’, cita2 aku tak pernah berubah iaitu: CIKGU.  Aku tak tahulah apa yg best sgt dgn kerja jadi cikgu ni. [ok, yg ni pon lau nak cerita tak cukup 13 hari 13 malam]

Baru-baru ni, aku ada dengar speech pasal cikgu. Best gila speech tu. Pak cik ni dah lama dah jadi cikgu n sekarang dia dah jadi timbalan ~~~. Dia kata, langkah pertama utk menjadi seorang guru ialah Cinta, Kita kena tunjuk yg kita Care kat diorang barulah kita senang nak berinteraksi. Kata2 yg paling terkesan kat hati aku “Untuk mencintai anak kandung sendiri memang mudah, tapi untuk sayang semua anak murid kita yg mungkin dlm lingkungan 30-40 org satu kelas, memang sukar”. Pak cik tu masih ingat lagi nama2 murid dia….yg nakal2.


Nak dipendekkan cerita, masa sesi soal jawab, ada seorang pak cik muda (senior aku), tanya kpd pak ck yg dah tua tadi. Ayat dia lebih kurang macam ni. “ saya sebagai bakal guru pada masa kini merasa agak sukar untuk memulakan langkah menjadi seorang guru, dengan cabaran murid zaman sekarang yg sukar dikawal. Pada pandangan doktor, (pak cik tua tadi), apakah langkah terbaik utk mengatasinya?”

Jawapan pak cik tadi, kita kena tunjuk kita Care pd mereka. Dia pon berkongsi cerita mengenai pengalamannnya…..
Semasa dia menjadi seorang pengetua, sekolah tersebut mempunyai masalah vandalisme. Kerusi2 selalu dipatahkan. Tapi dia takde jerit2, marah2, jerkah2 budak utk bendung masalah tu. Tapia pa yang dia buat, dia kumpulkan kerusi2 rosak tu, n ajak beberapa org cikgu lain sama2 betulkan kerusi lepas waktu sekolah. Dia betulkan kerusi tu dgn HIS OWN HANDS. Perkhh….dasyat gila pak cik ni. Setelah beberapa hari dia buat perkara yg sama, perubahan mula berlaku, pelajar2 mula membantu dia kumpulkan kerusi2 rosak n tolong baiki sekali. N the best part ialah, setelah beberapa minggu, kes vandalisme menurun pd tahap SIFAR. [waaaaaa……(dgn gaya upin ipin)] ternganga aku dengar. Nak menitis air mata pon ada. Pak cik tu PENGETUA tu…..

Cerita seterusnya, masalah kepala paip hilang. Selalu sgt hilang. Oleh itu, pak cik tadi tu pon buatlah pengunguman masa perhimpunan. Dia kata kat students dia, dia TAK MARAH pada sesiapa yg ambil kepala paip tu. Tapi dia harap org tu memanfaatkan kepala paip tu sebaik mungkin. Dia faham, mungkin si pengambil tu leboh memerlukannya berbanding seluruh warga sekolah tu. N bila balik, pak cik tu akan beli stok kepala paip guna duit sendiri utk ganti yg hilang. Hilang je, dia ganti baru. N masalah tu pon BERAKHIR…

N the last part cerita dia, dia kata masa menjadi guru besar, dia akan pastikan apabila ada cikgu yg tidak hadir, dia kan menjadi SENARAI PERTAMA menjadi cikgu ganti. Supaya dia dapat mendekati n mengenali anak muridnya….

FUHHHH..., memang dasyat pak cik ni….aku ADMIRE gila dgn dia…hopefully aku pon boleh jadi cikgu yg CARING macam dia. 

sabar menanti

aku ada banyak nak coretkan kat blog ni....
tp masih dalam pembinaan...
aku perlu sabar menanti...