Islamic Widget

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Rabu, 30 Mac 2011

~CIKGU FATIN ~

minggu lepas 5 hari aku berPBS (pengalaman berasaskan sekolah)...
ketika itulah pelbagai dilema yg dihadapi oleh bakal2 guru seperti aku...
ada banyak perkara positif n negatif yg baru aku sedari setelah aku memilih profesion perguruan ni...

NEGATIF:
  • aku kena menghadap tugas yg memenatkan ni selama mungkin 30 tahun.
  • susah nak tarik minat semua murid dalam satu masa, apatah lagi nak buat semua faham apa yg diajarkan.
  • aku takut tak dapat memberikan didikan yg sepatutnya pada bakal anak murid aku.
  • aku tak pandai nak ubah laras bahasa aku supaya lebih mudah untuk difahami murid2 yg tersangatlah kanak2.
tapi, ada banyak perkara yang berlaku membuatkan aku rasa beruntunglah pulak...

POSITIF:
  • aku baru tahu yg aku boleh bersabar melayan kanak2, aku ingat aku akan marah2 budak2 tak berdosa tu, rupanya tidak sama sekali...(tak tahu lah bila da jadi cikgu bertauliah nanti macam mana....=P)
  • cikgu sekolah rendah beruntung sebab murid2 amat sayang kpd cikgu yg sayang mereka..
  • murid2 suka salam cikgu...(sweet giler!!!!!)
  • membuatkan cikgu berasa seperti artis popular...(ahaks)
  • jadi cikgu ni kalau niat baik, Insyaallah hidup akan berkat.
  • murid2 sekolah rendah kebanyakannya AMAT JUJUR!!!
 WAHAI BAKAL ANAK MURIDKU,
~semoga aku dpt membentuk diri menjadi guru terbaik utk kamu semua~~~

Khamis, 17 Mac 2011

di kuala lumpur aku menemui 'cahaya'

benar...aku menemui 'cahaya' di kuala lumpur...
cahaya kebenaran dan kesedaran
fakta ini mungkin pelik didengar krn umumnya masyarakat mengetahui 
KL adalah tempat yg sesuai mencari hiburan...

aku juga berhibur, tetapi hiburan yg kutemui lebih menghangatkan jiwa, mententeramkan rasa..
aku terhibur dgn manisnya ukhwah,
wanginya dakwah...


wahai teman, marilah kita menuju saat yg terindah
marilah bersama membawa amanah
tanpamu apapun tidak berubah
semuanya akan terus mengikut perancangan ALLAH
tetapi tanpa DIA, kau akan punah
mungkin di sini kau buat tak kesah
tp adakah di akhirat kelak kau mendapat faedah?

marilah kita berdakwah
ingatlah amanah
menjadi khalifah
tingkatkan ibadah


Ya ALLAH...
kuatkanlah imanku
tingkatkanlah kefaqihanku
rimbunkanlah cintaku kepada pejuang agamaMu
rimbunkanlah cintaku kepada saudaraku di Palestin
jadikanlah jiwaku kasih terhadap saudara seakidahku
tinggikanlah darjatku di sisiMu; bersama kekasihMu

janganlah Kau pesongkan hatiku, setelah Kau berikan CAHAYA hidayah
aku tidak mahu hidup dalam kegelapan...
amin...