Islamic Widget

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sabtu, 29 Mei 2010

aku...dan pengalaman

Aku dulu dari form 2 sampai form 5 aku jadi pengawas.


Ketika berada di tahun terakhir persekolahan, terdetik dalam hatiku.."ishk, aku ni 5 tahun kat sekolah ni...aku tak pernah wat kes kan?"


Tup2 dah hujung tahun tu...aku disabitkan dgn kesalahan *******(tak payah la dinyatakan di sini)...aku sebenarnya  sedikit  pun tak berniat begitu...aku sayang semua kawan2 sekolah aku...n junior2 aku semua aku anggap mcm adik sendiri.


Tp sbg seorang pengawas...aku perlulah bertanggungjawab. Maka, ketika itulah tertubuhnye kumpulan RABIATUL ADAWIYAH (haha...dah buat salah pun masih boleh buat group) kami berlima dipanggil ke bilik PK HEM...amat kecut perutku ketika itu. Aku mcm tak percaya aku akan menghadapi pertuduhan yg boleh menyebabkan aku n sahabat2ku dibuang sekolah.


Bermacam-macam benda ada di fikiran aku masa tu. Aku ingat lagi, ketika itu kami berlima tgh puasa. Sampai petang kami ada kat bilik kaunseling. Cikgu aku pun mcm tak tahu apa nak cakap, coz dia mmg kenal kami dan dia tahu niat kami yg sebenarnya.


Petang tu, kami berbuka bersama2 dgn wajah yg sugul. Tp, dlm menghadapi masalah yg besar tu, aku dpt merasakan ALLAH tiupkan sedikit ketenangan dlm hati. Aku rasa, kalau tanpa ketenangan tu, for sure aku menangis melalak-lalak hari tu.


Ketika sesi soal siasat, kami diberi peluang utk beritahu nama2 yg terlibat dgn kejadian tu. Aku rasa, kalau kami nak sebut masa tu, lebih 20 org terlibat. Tp, kami berlima buat keputusan utk tanggung berlima je, coz kalau kami sebut semua pun, bukan menyelesaikan masalah. Kami redha menunggu dibicarakan.


Dalam kecoh2 kes tu, kami ada buat solat hajat. Betapa terharunya aku, apabila ramai yg join solat hajat tu, termasuk member2 yg selalunya liat nak qiam. Terima kasih kawan2, aku dpt merasai betapa manisnya ukhuwah ketika itu.


Dalam masa beberapa hari tu, aku menjadi gelamor. Bukan kerana bakat, Tp kerana telah menjadi penjenayah sekolah.
 
Cikgu2 sekolah aku terbahagi dua kumpulan, aku rasa, 80% cikgu & pelajar menyokong kami. Aku amt terharu. Ada cikgu aku yg suami isteri mengajar sekolah aku. Si suami sokong kami, tp si isteri tak berapa setuju dgn kami. Tak apalah, pendapat masing2.


Setelah beberapa hari menunggu, kami pun dihadapkan di hadapan lembaga disiplin. Hanya kami berlima yg menghadap masuk bilik pengetua. Perh!! semua cikgu disiplin. Apabila diajukan soalan, lebih kurang berbunyi, "kamu mengaku dgn kesalahan yg kamu lakukan?". Kami pun disebabkan dah tak sanggup nak memanjangkan cerita, kami menjawab, "ya, kami mengaku bersalah". Tiba2, tanpa diduga, PK HEM yg memang mengamuk habis apabila dpt tahu pasal kes kami ni pun berkata, "bagus la kamu semua ni, berani mengaku kesalahan". Dari riak wajahnya, aku tahu dia ikhlas memberikan pujian itu (bukan sindiran).


Sebenarnya, disebabkan rekod kami yg suci drpd masalah disiplin, dan oleh kerana khidmat kami yg telah kami curahkan kpd sekolah tercinta, cikgu2 pun tak sampai hati nak menghukum kami, tp mereka terpaksa, sebab ini adalah prosedur yg telah ditetapkan dan aku amat memahaminya.

Nampak sgt mereka pun tak tahu macam mana nak hukum kami. Sehinggakan kami yg minta pihak lembaga disiplin agar merotan kami. Dan yg mengejutkan, rotan pun mereka tak nak. Apakah???? memang jelas lg bersuluh cikgu tak sampai hati. Akhirnya, kami dijatuhkan hukuman gantung....ahh...lega...


Bukan hukuman gantung sampai mati....(isk...dasyat sangat tu)
dan bukan juga gantung sekolah...
tp gantung jawatan pengawas je...


Kami amat bersyukur dan kami pun dah tak sanggup nak memikul tanggungjawab tu setelah nama kami tercemar.


Minggu depannya, kami berlima berpakaian putih ke sekolah. Amatlah asing bg kami, terutama aku dan seorang lagi sahabat yg dah 4 tahun jadi pengawas (yg lagi 3 baru je jadi pengawas tahun tu). Aku merasakan seperti semua mata memandang kami dgn pelbagai persepsi. Ada adik junior yg sedih bila aku dah tak berpakaian pengawas. (hehe...kami tak apa2, tp org yg tengok pula yg sedih)


Cma yg agak terkilan, minggu depannya ada sesi bergambar pengawas utk majalah sekolah, tp disebabkan kami  digantung jawatan sampai habis sekolah, emm...sedihnya (faham2 je lah)...tp tak apalah...kami redha...




Cerita ni tak habis lagi la....

Setelah beberapa hari jadi student biasa, kami dipanggil lagi oleh PK HEM. Tp kali ni bukan sebab kes tu lagi, tp utk mensyuarat lembaga pengawas.
APAKAH?????...bukankah kami dah digantung jawatan...buat apa lagi nak per gi mesyuarat...?

Tp, aku pergilah juga. Lagipun PK HEM yg panggil. Yg kelakarnya, dlm mesyuarat tu, PK HEM sempat ingatkan kami yg kami hanya digantung jawatan selama seminggu.


APA????????????seminggu je? sikitnya!!! Aku pun tak tahu nak kata apa. Pada asalnya, kami patut dihukum buang @ gantung sekolah. Tetapi, disebabkan rekod bersih, kami minta dirotan. Tapi itu pun tak dapat dilaksanakan. Jadi, apabila kami digantung jawatan sehingga tamat sekolah, kira ok lah kan. Tp rupa2nya seminggu je?...(ish3 tak rasa seperti satu hukuman langsung hehe)


Takdir ALLAH, minggu depannya kami datang sekolah dgn pakaian hijau semula. Jadi,  dapatlah kami mengabadikan wajah dalam ahli lembaga pengawas sesi 2008.


Aku amat bersyukur dgn ketentuan Ilahi.....


Namun, jauh dalam sudut hati, aku masih terfikir...sebenarnya aku bersalah ke tidak dalam kes tu...?
Kawan2 aku kata...."ko tak salah, ko mangsa keadaan je"....
Tp betul ke?????...
Tp kenapa ada perasaan bersalah dalam diri aku ni...
Dan perasaan tu masih menghantui aku sehingga hari ini walaupun sudah 2 tahun peristiwa hitam itu berlaku...




walau apa pun....
kepada junior2 ku....akak mintak maaf banyak2...
akak sayang kamu semua sangat2...
pandai2lah menilai antara kaca dan permata..
akak harap...kamu mendapat keredhaan ALLAH di dunia n akhirat...amin....

aku......dan sejarah silam...

aku dah lama nak buat blog, tp baru hari ni berkesempatan...
em...aku nak luah sikit perasaan aku kat blog ni...

kadang2,..atau yg lebih tepat...aku selalu dihantui oleh sejarah silam...aku selalu ingat kenangan pahit, sedih,kecewa....entah la...

patutnya...aku kene redha dgn semua benda yg dah jadi kan?
semua org ada buat salah...dan pengalaman tu guru terbaik dalam hidup kita....

aku malu bila fikir balik yg aku pernah minat budak lelaki yg entah apa2 entah (bg yg berkaitan, jgn marah aaaa)..

patutnye...aku tak perlu fikir bab suka
2 org time sekolah dulu kan....padan muka aku...kan sekarang dah malu...
tp sebenarnya...aku tak buat apa2 pun masa tu...cuma just minat2 je...no couple ae dalam sejarah hidup aku...
yg peliknye...itu pun aku boleh rasa malu...mcm mana lah  perasaan org yg couple bagai nak rak...sampai bertahun2..smpai satu sekolah tahu...sampai tahap...memang dah tak pandang org lain dah...tup2 baru berjauhan tak sampai setahun (ats faktor belajar lain2 tempat), mereka break up...mesti mereka lagi kecewa kan...

cinta manusia ni memang selalu mengecewakan...


yg aku panas tu, dua tiga hari lepas...aku adalah ber 'IM' dgn member sekolah dulu2....dia boleh tanyanya pd aku, "ko couple dgn mr. Q kan?"....pelik bin ajaib...bila masa lah pula aku pernah bercouple ni...???
aku dah berzaman tak bertegur dgn mr.Q tu....memang tak dpt dinafikan..., aku hampir terjebak dgn cinta monyet ni...tp akal dan hati ku masih 'manusia'...aku tetapkan pendirian utk katakan tidak pd couple...
tp dalam hati tu ada la sikit bunga2...maklumlah remaja..

 
tp aku sedar...
mungkin inilah jalan yg terbaik...ALLAH sayang aku...sekurang2nya aku tak terjebak dgn hubungan terlarang ni (ber'couple)...

tp aku terkilan bila member aku tu kata aku pernah ber'couple'...ishk, merosakkan nama baik aku je...


moral of the story: 
adik2 ke akak2,...tak perlulah nak ber'couple' ni ya...