Islamic Widget

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Selasa, 22 November 2011

someone

"trying to get something that u can never own is useless"
Kadang kala tak semua cerita perlu diceritakan kerana ia mungkin boleh disalah anggap...
Namun memendam sendirian kadang kala merungsingkan...
Allah Maha Tahu...
Jika itu yg terbaik, permudahkanlah urusan...
Jika ini yg terbaik, maka permudahkanlah aku melupakan...

sekadar hiasan

Jumaat, 18 November 2011

Titik Kesedaran!

sumber: google image


Tahun ni dah 15 tahun aku mendapat pendidikan formal. Dan dalam tempoh tu, dah berpuluh-puluh, malah mungkin dah beratus kali aku menduduki peperiksaan. Setiap kali musim ini tiba, tak lain tak bukan mestilah doa banyak ditumpukan pada keputusan yg akan diperolehi.


  “ Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah kejayaan yg cemerlang kepadaku dan kepada sahabat2ku”. Amin.

Tapi dalam tempoh 15 tahun ni, peperiksaan kali ni telah membuatkan aku terfikir sesuatu.

Ya Rabb, ZALIMNYA AKU! Betapa hitam pekat hatiku. AKU TIDAK MENYAYANGI SAHABAT2KU LILLAHITAALA.

Sejak sekolah lagi aku akan mendoakan keputusan cemerlang utk diri ini dan sahabat2. Namun, setiap kali aku dapat jawab soalan exam yg agak susah, hati kecil hitamku akan berbisik…penuh kezaliman.

“Haha, nasib baik aku tahu jawab soalan ni, mesti ramai yg tak tahu jawab…alhamdulillah Allah tolong aku”

Tetapi, ketika aku mengalami kesukaran menjawab soalan subjek ‘Decision Mathematics’ haritu, aku sangat sedih dan gugup. Tetapi hati kecil ini sempat berbisik sesuatu.

“ Ya ALLAH susahnya soalan ni, nak guna cara yg mana ek? Kompius nya… Tula, study last minit lagi…ingat terror sangat la. Huh, TAPI HARAP2 LA KAWAN2 AKU DAPAT JAWAB. Takpe la tak rezki aku agaknya.

TET!

Titik kesedaran!

Ya ALLAH betapa jahatnya aku selama ni, mengharapkan orang lain mendapat mendapat markah lebih rendah daripada aku hanya krn ingin menjadi yg terbaik! Tetapi di manakah aku meletakkan nilai kasih aku pada mereka? Sejujur manakah doaku buat kecemerlangan mereka? Apakah yg aku inginkan drpd menjadi yg terbaik? Di manakah kucampakkan niatku utk mendedikasikan segalanya bagi mencari redha Ilahi?

Astagfirullahalazim…

Memang selama ini aku tulus mengharapkan semua kawan2 aku turut berjaya. Dalam erti kata yg berorientasikan peperiksaan, kita sebut sbg dapat ‘straight A’ atau ‘4.00’; bahkan aku turut bersedih jika mereka tak mendapat keputusan spt yg diharapkan.

Namun, sudah semestinya aku akan mengharapkan aku akan dapat result yg PALING BAGUS dlm kalangan mereka. Dan kadang2 rasa marah dgn org yg dpt markah lebih; walaupun sahabat baik sendiri!

Aku menulis sebegini bukan bermaksud perasaan ingin bersaing tu SALAH! Perasaan tu sgt BAGUS utk dijadikan motivasi meningkatkan usaha n tawakal pd ALLAH. Cemburu yg positif tu perlu utk meningkatkan prestasi diri. Tapi, mengharapkan sesuatu yg lebih buruk berlaku pd diri org lain… adalah sesuatu yg ‘busuk’.

Hadis ketiga belas daripada Himpunan Hadis 40; tafsirannya…

“Tidaklah beriman salah seorang di antara kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”.
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim]

Oleh itu, wahai hati… la tahzan! Walaupun mungkin aku dpt markah rendah utk exam kali ni, tapi aku dpt pengajaran besar yg lebih berorientasikan peperiksaan hakiki, result abadi, ganjarannya insyaAllah jannah ILLAHI.

Tolak tepi segala ranking result exam, yg penting doa mesti tulus! Jika bukan rezki aku, tak bermakna sahabat2 aku juga perlu didoakan agar menerima keadaan yg sama.

Duhai sahabat, semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.

JOM BERUSAHA! Fastabiqul khairat!

Jom kita buat REUNION kat Syurga ALLAH! insyaAllah…amin ya Rabb.



Nota 1: Ayat monolog telah diubah suai kerana tak berapa ingat [tapi konsep sama].
Nota 2: Jika anda tidak bersetuju dgn pendapat ni, takpe. Aku tak kesah.
Nota 3: Jika korang rasa aku tulis camni sbb aku dah rasa aku gagal, then aku cuma sesaja nak ubat hati sendiri,…terserahlah… pendapat anda hak anda.
Nota 4: Namun jika ada sebarang nasihat atau teguran utk saya…silakan ke ruangan ulasan (n_n)
Nota 5: Jom berlumba jadi yg TERBAIK dalam kalangan yg terbaik!

Selasa, 1 November 2011

5 tahun ketagihan ais

Pada 31/10/11 secara rasminya tamatlah misi 40 hari aku yg bermula 22/09/11…(n_n)…happy…

Mula2 masa aku letak status kat fb pasal misi rahsia ni…ramai yg tertanya-tanya sampai ada yg fikir aku diet. [huhu sangat kelakar]. Aku diet? Memang tak sesuai. Apa2 pon aku terharu sebenarnya bila diorang tanya…coz itu menunjukkan diorang care pasal aku; ye tak? [ke, tak ye?].

Ok2 malas nak hurai panjang2. Disebabkan misi tu dah pun tamat, aku pon berbesar hati lah nak menguar-uarkan bahawa misi tu sebenarnya MISI MENGHILANGKAN KETAGIHAN MENGUNYAH AIS yg telah berlarutan sejak 5 TAHUN yg lepas. [Dah lama kan? Rasa dah tua la pulak]. Kiranya aku start tabiat ni sejak aku form 3 (15 tahun).

Tabiat ni kejap je berubah jadi kronik. Seingat aku, masa aku form 4 - form 5, aku sanggup beli ais 20 sen (sebungkus) hanya untuk digigit n dikunyah je. Masa tu dah tak kesah dah apa orang nak cakap. Lantaklah…suka hati aku lah [bak kata hati aku masa tu].

Ramai yg marah, cakap macam2…tapi aku buat dek je. Sebenarnya masa tu pon aku dah mula rasa menyesal mengamalkan tabiat tu. Tapi nak buat macam mana, aku dah tak boleh nak tinggal. Yang lebih menyukarkan ialah ais senang giler nak dapat! Dah lah 20 sen je. Tambahan lagi orang kalau minum air berais, akan tinggalkan aisnya kan? Hah, dulu akulah tukang penghabis ais kengkawan aku. Dah tak kira dah malu ke apa ke. Aku bantai je. Dasyat kan?

Yang lebih lebih lebih lagi menyebabkan aku susah nak buang tabiat ni, kengkawan aku dengan berbesar hatinya memberi aku ais diorang [memang aku minta pon]. Yelah, kan tak membazir tu. Erm…memang susah…. Aku tak salahkan diorang pon. Aku tahu diorang cuma nak aku happy. Lagi pon, aku kalau dah dapat mengunyah ais banyak2 tu; memang gembira sakan. 

Percubaan aku nak berhenti tabiat ni memang dah banyak kali aku buat. Especially masa bulan puasa. Tapi semua gagal. Bahkan, bulan Ramadan lepas pon aku try nak berhenti. Tapi kecundang jua akhirnya.

Sampai satu tahap, aku tak boleh dengar orang kritik aku pasal tabiat ni. Aku rasa macam nak marah je. Dalam hati aku akan berkata: “korang tak tahu macam mana rasaya ketagihan mengunyah ais ni. Kalau boleh berhenti aku dah buat la…”. Macam2 alasan la aku cipta utk backup diri sendiri. N kadang2, aku buat tak dengar je diorang membebel.

Pejam celik dah 5 tahun aku ketagih…lama kot! 1/4 daripada umur aku kat muka bumi ALLAH ni. Betapa dasyatnya penangan ais dalam hidup aku. Tapi…

ALHAMDULILLAH sekarang lepas 40 hari misi aku, aku harap aku terus boleh hilangkan tabiat ni. Kenapa 40 hari? Sebab, aku pernah dengar; untuk mendapat satu tabiat buruk, kita hanya perlu amalkan 7 hari je, tapi untuk HILANGKAN TABIAT BURUK, PERLUKAN 40 HARI. So aku pon trylah.

Sebenarnya, misi ni aku tak pernah betul2 plan pon. Pada asalnya, ada sorang lecturer ni bagitahu info pasal keburukan minum ais. Info tu memang aku tahu pon, tapi aku rasa touching lain macam. Aku pun terus nekad nak berhenti. Mula2 aku nak pilih hari sesuai. Tapi bila fikir2 balik, tak boleh tangguh ni. So aku pon tetiba je start misi ni pada hari khamis (22/09). Tak sangka pulak tamatnya pada (31/10) yg bermaksud independence day aku pada 1 NOVEMBER 2011. 

Mesti ada yg terfikir, habis apa aku nak buat lepas 40 hari? Apa lagi, terus lupakan ketagihan ni la…tak kan nak sambung balik tabiat ni kot! Agak2la…. Dah susah2 paksa diri tak kan nak patah balik kot.

Tapi sejujurnya bukan mudah. Hatta sampai sekarang pon aku masih terliur bila bercerita tentang ais. N buat masa sekarang aku masih minum air berais walaupun aku dah berhenti mengunyahnya. Semoga Allah beri aku kekuatan untuk istiqamah.
pergh,...terliur beb!

Seriously aku rasa aku faham sedikit perasaan orang hisap rokok. Sebab, mesti penangan ketagihan tu lagi kuat. Aku yg setakat ais ni pon dah rasa macam tu. Apatah lagi diorang.

Tapi aku memang rasa tak puas hati dengan classmate aku (boys) yg baru berjinak-jinak dgn rokok. Woit, korang ni kurang pandai ke ape? Dah sah2 perokok ramai yg susah nak berhenti rokok, yg korang GATAL2 baru nak hisap rokok. Terencat akal ke apa? [maaflah emosional sedikit]. Hish, dah rokok tu buang duit, membunuh diri sendiri n orang lain, busuk, bawa penyakit, n macam2 lagilah. Wahai kawan2 sekalian, hentikanlah sebelum terlambat.

Oklah, doakan aku ya agar terus ISTIQAMAH… Esok aku nak reward diri aku dengan something lah. Tapi apa ye?

Ok, Jagalah Tubuh Badan ANDA; amanah daripada ALLAH =)