Islamic Widget

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, 18 November 2011

Titik Kesedaran!

sumber: google image


Tahun ni dah 15 tahun aku mendapat pendidikan formal. Dan dalam tempoh tu, dah berpuluh-puluh, malah mungkin dah beratus kali aku menduduki peperiksaan. Setiap kali musim ini tiba, tak lain tak bukan mestilah doa banyak ditumpukan pada keputusan yg akan diperolehi.


  “ Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah kejayaan yg cemerlang kepadaku dan kepada sahabat2ku”. Amin.

Tapi dalam tempoh 15 tahun ni, peperiksaan kali ni telah membuatkan aku terfikir sesuatu.

Ya Rabb, ZALIMNYA AKU! Betapa hitam pekat hatiku. AKU TIDAK MENYAYANGI SAHABAT2KU LILLAHITAALA.

Sejak sekolah lagi aku akan mendoakan keputusan cemerlang utk diri ini dan sahabat2. Namun, setiap kali aku dapat jawab soalan exam yg agak susah, hati kecil hitamku akan berbisik…penuh kezaliman.

“Haha, nasib baik aku tahu jawab soalan ni, mesti ramai yg tak tahu jawab…alhamdulillah Allah tolong aku”

Tetapi, ketika aku mengalami kesukaran menjawab soalan subjek ‘Decision Mathematics’ haritu, aku sangat sedih dan gugup. Tetapi hati kecil ini sempat berbisik sesuatu.

“ Ya ALLAH susahnya soalan ni, nak guna cara yg mana ek? Kompius nya… Tula, study last minit lagi…ingat terror sangat la. Huh, TAPI HARAP2 LA KAWAN2 AKU DAPAT JAWAB. Takpe la tak rezki aku agaknya.

TET!

Titik kesedaran!

Ya ALLAH betapa jahatnya aku selama ni, mengharapkan orang lain mendapat mendapat markah lebih rendah daripada aku hanya krn ingin menjadi yg terbaik! Tetapi di manakah aku meletakkan nilai kasih aku pada mereka? Sejujur manakah doaku buat kecemerlangan mereka? Apakah yg aku inginkan drpd menjadi yg terbaik? Di manakah kucampakkan niatku utk mendedikasikan segalanya bagi mencari redha Ilahi?

Astagfirullahalazim…

Memang selama ini aku tulus mengharapkan semua kawan2 aku turut berjaya. Dalam erti kata yg berorientasikan peperiksaan, kita sebut sbg dapat ‘straight A’ atau ‘4.00’; bahkan aku turut bersedih jika mereka tak mendapat keputusan spt yg diharapkan.

Namun, sudah semestinya aku akan mengharapkan aku akan dapat result yg PALING BAGUS dlm kalangan mereka. Dan kadang2 rasa marah dgn org yg dpt markah lebih; walaupun sahabat baik sendiri!

Aku menulis sebegini bukan bermaksud perasaan ingin bersaing tu SALAH! Perasaan tu sgt BAGUS utk dijadikan motivasi meningkatkan usaha n tawakal pd ALLAH. Cemburu yg positif tu perlu utk meningkatkan prestasi diri. Tapi, mengharapkan sesuatu yg lebih buruk berlaku pd diri org lain… adalah sesuatu yg ‘busuk’.

Hadis ketiga belas daripada Himpunan Hadis 40; tafsirannya…

“Tidaklah beriman salah seorang di antara kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”.
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim]

Oleh itu, wahai hati… la tahzan! Walaupun mungkin aku dpt markah rendah utk exam kali ni, tapi aku dpt pengajaran besar yg lebih berorientasikan peperiksaan hakiki, result abadi, ganjarannya insyaAllah jannah ILLAHI.

Tolak tepi segala ranking result exam, yg penting doa mesti tulus! Jika bukan rezki aku, tak bermakna sahabat2 aku juga perlu didoakan agar menerima keadaan yg sama.

Duhai sahabat, semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.

JOM BERUSAHA! Fastabiqul khairat!

Jom kita buat REUNION kat Syurga ALLAH! insyaAllah…amin ya Rabb.



Nota 1: Ayat monolog telah diubah suai kerana tak berapa ingat [tapi konsep sama].
Nota 2: Jika anda tidak bersetuju dgn pendapat ni, takpe. Aku tak kesah.
Nota 3: Jika korang rasa aku tulis camni sbb aku dah rasa aku gagal, then aku cuma sesaja nak ubat hati sendiri,…terserahlah… pendapat anda hak anda.
Nota 4: Namun jika ada sebarang nasihat atau teguran utk saya…silakan ke ruangan ulasan (n_n)
Nota 5: Jom berlumba jadi yg TERBAIK dalam kalangan yg terbaik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan kutuk aku tau (n_n)