benar...aku menemui 'cahaya' di kuala lumpur...
cahaya kebenaran dan kesedaran
fakta ini mungkin pelik didengar krn umumnya masyarakat mengetahui
KL adalah tempat yg sesuai mencari hiburan...
aku juga berhibur, tetapi hiburan yg kutemui lebih menghangatkan jiwa, mententeramkan rasa..
aku terhibur dgn manisnya ukhwah,
wanginya dakwah...
wahai teman, marilah kita menuju saat yg terindah
marilah bersama membawa amanah
tanpamu apapun tidak berubah
semuanya akan terus mengikut perancangan ALLAH
tetapi tanpa DIA, kau akan punah
mungkin di sini kau buat tak kesah
tp adakah di akhirat kelak kau mendapat faedah?
marilah kita berdakwah
ingatlah amanah
menjadi khalifah
tingkatkan ibadah
Ya ALLAH...
kuatkanlah imanku
tingkatkanlah kefaqihanku
rimbunkanlah cintaku kepada pejuang agamaMu
rimbunkanlah cintaku kepada saudaraku di Palestin
jadikanlah jiwaku kasih terhadap saudara seakidahku
tinggikanlah darjatku di sisiMu; bersama kekasihMu
janganlah Kau pesongkan hatiku, setelah Kau berikan CAHAYA hidayah
aku tidak mahu hidup dalam kegelapan...
amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan kutuk aku tau (n_n)