Aku dah lama jatuh suka dengan doktor ni. Sejak sekolah lagi. Tapi baru sekarang aku sedar aku mula mencintainya. Mungkin sebab sejak dua menjak ni aku suka baca blog doktor, novel doktor, dan mendengar suara hati doktor. Semuanya menyebabkan kasih mula bercambah.
Tapi apakan daya, aku takde jodoh dengan doktor. Tapi aku sedar, itulah yang terbaik. Allah Maha Tahu. Allah tahu, aku tak layak dengan doktor. Aku tak sabar, ingatan aku tak kuat, aku tak suka hafal fakta, aku tak tahan kalau kena kerja lama2, n banyak lagilah.
Dulu masa sekolah, aku suka belajar biologi. Suka tengok proses biologi. Hatta, sekarang pon aku masih suka. Aku suka tahu pasal info2 perubatan. Tapi, tulah, Allah tak beri aku kelebihan yg ada dalam diri seorang doktor. Result biologi aku pon hampeh, tak pandai nak jawab essay pon =P
Okay2….aku nak jelaskan balik isi sebenar cerita ni….
Aku sejak dua menjak ni terkagum dengan profesion doktor ni. [bukannya dengan seorang jejaka bergelar doktor ye]. Lagi2 kalau doktor tu beriman n mengamalkan hidup seorang muslim sebenar. Selama ni, aku tak terfikir langsung mengenai cara bekerja doktor kat Malaysia ni. Rupa2nya, subhanallah…profesion doktorlah yg paling tak sihat sekali yg aku pernah tahu.
Bayangkanlah kalau doktor yg baru habis belajar, dorang akan bekerja sbg HO (Houseman). [maap doktor2 sekalian, jika saya salah bagi info, betulkan ye]. Dalam tempoh ni, dorang kena bekerja ikut waktu pejabat (8pg-5ptg)+ oncall (5ptg-8pg). Memang la oncall tu bukan tiap2 hari, tapi kadang2 hanyalah selang sehari. Pertama kali aku tahu, dalam hati aku kata….”nak mampos, larat ke nak kerja?”. Tapi itu la hakikat tanggungjawab jadi doktor.
Aku dah saaaaaaangat sedar kenapa dulu aku tak terdorong jadi doktor. Betapa tidak layaknya aku dengan kerja ni. Aku yg kadang2 kena stay up siapkan assignment pon dah rasa cam nak pengsan n macam orang gila keesokan harinya, inikan pula nak kerja cam doktor HO tu….memang tak ah!
Dalam tempoh tu jugak, doktor tu perlu menahan perasaan dgn perangai org sekeliling. Dorang ni, ada potensi besar utk selalu dimarah oleh doktor senior n jururawat2. Yelah, doktor ni baru je setahun jagung jadi doktor. Mestilah banyak benda lagi yg dorang tak tahu. N masalah akan bertambah lagi apabila perlu melayan perangai pesakit+waris pesakit yg macam2 hal.
Aku juga baru tahu yg nisbah doktor n rakyat Malaysia ialah 1: 1000++. Gila kan? Aku yg akan mengadap anak murid satu kelas yg nisbah guru n anak murid ialah 1:40 pon dah cukup rasa tertekan.
Masa oncall tu, doktor ni, bukannya kena berjaga je macam pakcik jaga. Tapi dorang mungkin terpaksa mengendali kes2 berat macam pesakit tetiba tenat ke, perlukan pembedahan segera ke, nak terberanak ke….n macam2 lagilah. Kalau akulah yg berada kat posisi dorang tu, dahlah penat, mengantuk, tak cukup makan, memang dah tak laratlah nak buat apa2. Tapi dorang, sanggup buat apa shj demi membantu para pesakit mendapatkan hidup yg lebih sihat.
Yg pasal makan tu, berdasarkan pengetahuan aku yg tak berapa nak ada ni, doktor + jururawat mmg takde tempoh n waktu rehat yg spesifik sepanjang waktu dorang bekerja. [maap sekali lagi jika tersalah info]. Doktor2 ni, punyalah sibuk sampai nak menyuap sesuap nasi pon tak sempat. Ada doktor tu, tak sempat nak berbuka puasa dgn nasi pon masa dlm bulan Ramadan. Dia cuma sempat makan gula2 je. [pergh, kalau aku dah tak berdaya dah lau tak makan].
Gila dahsyat la pengorbanan dorang. Pada aku, tak kiralah sebanyak mana pon kerajaan naikkan gaji dorang, takkan setanding dengan apa yg telah dorang sumbangkan utk masyarakat.
Tapi, kita sebagai masyarakat yg bukan doktor, suka merungut macam2. Doktor lambatlah, cek lama sangatlah, cek sekejap sangatlah, tak senyumlah, tak ramahlah, tak cekaplah n macam2 lagilah. Kita tak tahu apa yg dorang alami hari tu. Ntah2 dorang tu dah 2 hari tak rehat langsung. Hatta nak duduk pon tak sempat. Kita pulak sibuk nak suruh doktor tu senyum sehabis ikhlas. Dorang pon manusia beb. Ada hati n perasaan.
Kalau kita nak komplen hospital kerajaan kena tunggu giliran lama sangat, cuba korang renung balik nisbah doktor n rakyat Malaysia yg aku tulis kat atas tadi. Memang logiklah sangat kesesakan pesakit berlaku. Tp memang tak dinafikanlah kadang2 masalah pengurusan yg lambat boleh menjadi faktor kelambatan pesakit mendapatkan rawatan. Tapi aku lebih suka nak husnuzon (bersangka baik), doktor2 ni lambat sebab terlalu ramai pesakit yg perlukan rawatan.
N setiap pesakit perlu dirawat dgn penuh cermat dan bijak. Bayangkan, kalau doktor tu, cek ala kadar je n tersalah tafsir penyakit pesakit tu. Apa akan jadi? Tak ke huru hara jadi nye.
Oleh itu, saya sebagai wakil masyarakat bukan doktor, ingin mengucapkan berjuta-juta penghargaan kepada masyarakat doktor yg amanah memikul tanggungjawab. Semoga Allah balas pengorbanan kalian di akhirat kelak.
Buat sahabatku Siti Nor Ain Kamarudin, semoga Allah beri kekuatan kepadamu utk menjadi doktor muslimah yg amanah menjalankan tugas. Kau patut berbangga kerana ALLAH memilihmu. KAU DIPILIH KERANA KAU LAYAK.
“ …kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya…”
(Surah Al-a’raf ,7: 42)
“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,‘kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji?”
(Surah Al-‘ankabut, 29: 2)
Bersabarlah wahai sahabatku n mintalah bantuan daripada Yang Maha Pengasih. Dia sedang berbicara denganmu melalui segala ujian yg diberikanNYA kepada mu. Semoga kau terus kuat! Aku sentiasa mendoakanmu.
Nota 1: Aku cadangkan korang baca novel bertajuk DENYUT KASIH MEDIK yg sangat mantop isi kandungannya.
Nota 2: Kalau ada info yg tak tepat, harap dapat ditegur =P
Nota 3: Cintaku terhadap doktor sudah tentulah tak melebihi cintaku terhadap cikgu Matematik
Nota 3: Cintaku terhadap doktor sudah tentulah tak melebihi cintaku terhadap cikgu Matematik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan kutuk aku tau (n_n)