Islamic Widget

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Isnin, 7 Februari 2011

luahanku membisu~~~tak guna memaksa utk difahami.

Kini, sejak beberapa bulan ni,...
Aku sedar yg aku tidak lagi suka 
meluahkan isi hati, 
memperdengarkan perasaan, 
mencurahkan emosi 
seperti yg aku lakukan sebelum ini. 
Segala sakit pening, sakit hati, sakit perasaan, sakit minda,... aku lebih selesa tidak berkongsi.

Tiada lagi Cik Siti Nor Ain utk mendengar, bukan kerana dia tidak sudi, tetapi aku yg tak mahu berkongsi...
walaupun kasih tetap sama, tp hidup kita dah berbeza.

Tiada lagi rengekan kpd bonda kerana kurasa segala yg kualami tidak seberat apa yg bonda tanggung selama ni.
Segala duka tidak terluah, kadang-kala kucuri pandang wajah bonda, inginku kongsi masalah jiwa, tp tak terluah jua.

Maafkan aku, bukan tidak percaya pd sesiapa, tp aku merasa tiada lg yg dpt melapangkan jiwa, meringankan masalah, mencerahkan pemikiran.
Seringkali kumerasa fikrahku sukar difahami, pemahamanku sukar dimengerti, suaraku sering disalah erti.
Bukan mereka yg bersalah, tetapi aku yg dah berubah.
Aku lebih suka menyendiri, tetapi bukan bermakna duduk seorang diri.
Menyendiri dlm ramai.
Senyum dlm duka.
Diam dlm derita.
Menangis mencoret kata ini.

Tapi, hikmah sentiasa ada.
kumerasa segalanya DIDENGAR OLEH YG MAHA MENDENGAR.
Dialah sandaran utama.
Tak guna memaksa org memahami,
kerana sudah tentu Sang PENCIPTA lebih mengerti !!!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan kutuk aku tau (n_n)