Islamic Widget

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sabtu, 12 Februari 2011

menjadi ikutan??? yeke?

Assalamualaikum kawan2,...para daie yg aku sayangi lillahi taala..
Dikala ramai antara kita, para daie (kalau korang malu nak menggelarkan diri sbg 'daie'
korang boleh gelarkan diri korang 'khalifah' 
[(^___^)hehe lagi BERAT gelaran tu],..

hah, sambung balik ayat tadi...


Dikala ramai antara kita, para daie yg sedih dgn feedback yg kita dapat after berpenat lelah berdakwah, berbuih mulut menasihat, bersakit kepala memikirkan metod lain yg sesuai nak digunakan kpd 'objek dakwah'...

Tapi, bergembiralah wahai para daie, kerana tanpa korang sedar, sebenarnya setiap AMAL KEBAIKAN (ibadat) yg insyaALLAH totally lillahi taala tu sebenarnya adalah salah satu metod dakwah.

Mungkin amalan anda hari2 berjalan ke musolla yg tak kira hujan ke, berteman ke, tak berteman ke,...tu sebenarnya telah membuka pintu hati seseorang utk mengikut jejak anda..

Ok, satu lg contoh lain, mungkin ketekadan anda memakai tudung labuh, dikala org lain membelit diri sendiri di dunia n akhirat (pakai tudung tp tak tutup aurat), sebenarnya telah membuka pintu hati seseorang untuk melabuhkan sedikit tudungnya, utk menutup bahagian precious diorang tu...

Anda akan jadi sumber inspirasi seseorang utk berubah menjadi lebih baik...

Subhanallah, Allah menjadikan dakwah tanpa SUARA korang suatu pencetus penghijrahan org lain...
Oleh itu, jgn putus asa jika dakwah korang seperti tidak mendatangkan hasil krn mungkin tanpa korang sedar, korang dah merubah hidup beberapa org ke jalan yg benar..
* kalau korang tak percaya,...aku cerita dua kisah benar kat korang...
suatu hari, di padang sebuah ipt, terdapat 6 orang muslimat berjalan pulang drpd berusrah..maka, berbual-buallah 2 orang drpd mereka...

farah: durrah, ko tahu tak sebenarnya, aku selalu nampak ko pergi surau sorang2..aku tengok
ko bukanlah jenis takde geng, tapi ko berdikari...tak bergantung dengan orang lain.

durrah: ........(tak tahu nak jawab apa)

farah: sebenarnya sebab tengok ko lah sekarang aku selalu pergi surau..

durrah: Allahuakbar,...(durrah terkesima krn mengenangkan betapa besar nikmat Allah beri pdnya waktu itu...perasaannya hanya ALLAH yg tahu) 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

satu lagi kisah...
terdapat dua orang hamba ALLAH, selalu mengamalkan membaca Al-Quran after solat subuh..tp yg seorang hanya membaca ayat Al-Quran, manakala yg lagi seorang baca ayat, dan terjemahan sekali...

setelah sebulan tinggal di bilik yg sama, 

atirah: durrah, akak dah beli al-quran baru, yg ada terjemahan sekali..murah je..
            yelah, akak rasa macam nak mendalami al-quran, boleh tahu maksud sekali..
durrah: oh..yeke akak, baguslah..(sambil tersenyum, durrah menyebut hamdallah dalam hati)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dua kisah ni kisah benar, tp aku dah tukar nama utk mengelak perkara yg perlu dielakkan.

See, Allah bagi nikmat kpd para daie tanpa kita sedar.
tapi, aku tak bermaksud suruh korang berhenti berdakwah dgn suara korang,...teruskanlah perjuangan korang...kerana segala usaha korang akan mendapat balasan daripada ALLAH, insyaALLAH... 

1 ulasan:

Jangan kutuk aku tau (n_n)