Islamic Widget

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Ahad, 23 Januari 2011

serba bersalah

Jika lelaki resah apabila hari2 perlu menahan mata daripada melihat aurat wanita yg bukan miliknya,(ye ke dorang resah tak nak tengok? tp sepatutnya macam tu la kan?), aku juga mengalami masalah yg serupa tapi tak sama. Bukan keresahan aku mengenai aurat lelaki, sebab aku cuma perlu elak tengok lelaki bersukan je. Sebab time tu la peak time mereka membuka aurat secara berleluasa. Tapi yg betul merunsingkan aku ialah AURAT sesama perempuan. Yg terlalu sukar utk dielak. Ingin ditegur, takut mengaibkan. Tp kalau tak ditegur, lagi mengaibkan. Persoalan yg sering timbul dlm kepala aku yg jendol ni, "dorang ni tahu tak sebenarnya BATASAN AURAT SESAMA PEREMPUAN?". Kadang2 aku takut mereka tak tahu. Dan aku yg tahu ni wajib sampaikan. Tp bila memikirkan yg semua dpt A Pendidikan Islam aku rasa serba salah. Rasanya mereka tahu, tp hanya sebagai MAKLUMAT. Bukan sebagai ILMU*. Sekarang hari2 aku berfikir, apakah status aku? berdosa @ tidak. Semakin hari, semakin serba salah. 



*ilmu = maklumat yg dihayati dan diamalkan, manakala 
maklumat = hanya fakta semata-mata.

P/s: bagi sesiapa yg mungkin akan tersinggung apabila dpt tahu mengenai penceritaan  hal ini di blog, aku minta maaf. Aku tak berniat memalukan sesiapa. Hanya ingin meluahkan perasaan yg serba bersalah.
Aku sayang korang~


maklumat tambahan
aurat sesama perempuan ialah DARIPADA PARAS PUSAT SEHINGGA LUTUT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan kutuk aku tau (n_n)