Saya setuju...awak?
Apabila Hati Berbicara
Pelajari sesuatu daripada hidup anda! Sesuatu yang mampu membawa hidup anda ke arah yang benar. ~~~insyaALLAH~~~
Islamic Widget
Sabtu, 10 Mac 2012
Isnin, 30 Januari 2012
Penangan AJL
Kisah ini tidak berkaitan dgn siapa yg menang AJL malam tadi. Tetapi bersangkutan dengan penangan makanan yg kami 'sental' beramai-ramai. Dalam gelap pekat common room tempat tayangan perdana AJL 2012, kami melantak fettucini carbonara, yong tau foo, twisties, maruku, kuaci, kacang gajus....dan segalahapayangadadalamstokmakanan semua kitorang sental habis. Hasilnya, SEMUA CIRIT-BIRIT. Maka bersakit perut berjemaah lah kami hari ini.
p/s-first time update blog kat makmal komputer IPG.
Ahad, 1 Januari 2012
Kesedihan itu datang lagi
Dalam dunia ini, tiada seorang pun makhluk yg akan memahami perasaan ini selain diriku sendiri. Oleh itu, tak perlulah ada makhluk yg cuba memahami dan menebak puncanya. Biarlah ia menjadi rahsia aku bersama Sang Pencipta yg Maha Mencinta. Perasaan itu tidak boleh dilahirkan dalam bentuk penceritaan. Bahkan untuk menyusunnya dalam perkataan, frasa, ataupun ayat sekalipun adalah suatu usaha yg sia2 bagiku. Aku tidak mahu menerangkannya pada sesiapa. JANGAN PANDAI2 MENTAFSIR!!!!! Sejak pertama kali aku menjadikan ALLAH the only pendengar isi hati aku yg paling dalam, Alhamdulillah aku berpuas hati.
Tapi pernyataan tersebut tidak bermaksud aku tidak atau tidak akan meluahkan masalah aku pada sesiapa. Yup, sudah tentunya aku sebagai manusia biasa yg insyaAllah masih normal, masih memerlukan manusia sebagai peneman, sahabat, rakan, n keluarga. Aku masih seorang yg kaki bercerita. Tetapi utk masalah yg makan dalam ni. Let me n my LOVER alone!
Tepat sekali penyataan bahawa cinta ALLAH tidak akan pernah mengecewakan. Tak perlu aku cuba utk memahamkan orang lain mengenai apa yg aku rasa. Sudah tentu penafsiran dan penerimaannya berbeza. Manusia makhluk unik yg tidak akan totally sama antara satu sama lain walaupun mereka adalah kembar siam!
Cuba memahamkan orang lain mengenai perasaan kita adalah suatu usaha yg adakalanya menambahkan rasa sakit hati. Memang tepat sekali pendapat John Gray [penulis buku] mengenai ‘manusia Venus’ yg hanya memerlukan pendengar setia [mendengar dgn penuh rasa empati] utk menyelesaikan masalah yg ‘manusia Venus’ hadapi.
Tetapi berapa ramai Manusia Bumi ini yg tahu mengenai kenyataan ini? Dan dalam golongan yg tahu fakta ini [termasuk aku], berapa ramai yg boleh mempraktikkannya? Selagi seseorang ‘manusia Venus’ ini tidak mempunyai seorang teman yg mampu menjadi pendengar setia [mendengar dgn penuh rasa empati], selagi itu seseorang ‘manusia Venus’ sukar utk menjadi seorang pendengar setia.
Persoalannya, siapakah yg akan memulakan kitaran ini???? Aku… belum cukup hebat!
*** sejak kecil lagi aku merasakan aku ialah manusia pelik yg sukar difahami oleh manusia lain***
Ahad, 25 Disember 2011
kerasku tak bererti kebal
Aku juga insan biasa.
Yg ada rasa kecewa.
Yg masih menangis apabila terluka.
Kerasku tak bererti kebal.
Ya Allah bantu aku.
Jaga ikhlasku.
Terima amalanku.
Hanya Kau yg Maha Tahu hatiku.
Aku mengharap, bermohon, merintih padaMu kuatkan aku.
Jika 1000 org dtg sekalipun untuk menghilangkan perit ini,
namun hanya Engkau yg mampu memahamiku, mendengarku, membantuku, meredakanku.
Allah, bawa aku pergi dari duka ini.
Bawa aku kepadaMu.
Kerana aku tahu, kasih-sayangMu adalah pengubat bagi luka ini.
Bawalah aku ke sampingMu.
Jangan tinggalkan aku sendirian dalam keramaian ini.
Khamis, 8 Disember 2011
Hijrah bukan berlaku pada 1 Muharram
Ok memula sekali nak mengaku yg dah lama nak tulis pasal menda ni, tapi tergendala dek perkara lain yg lebih utama.
Peryataan bahawa “Hijrah bukan berlaku pada 1 Muharram” ni aku baru je tahu masa menonton rancangan Al-Kuliyyah TV3 haritu bersempena sambutan maal hijrah 1433.
Kesian aku kan,…aku baru je tahu pasal mende ni. Sebenarnya aku dah lama nak tanya pasal menda ni… ”Nabi hijrah 1 muharram ke?”. Tapi persoalan tu hanya bermain di minda je. Aku takut nak tanya sebab membayangkan orang kata…”mestilah, dah namanya pun sambutan maal hijrah!”. Tapi rupa2nya tepat sekali kata2 orang dolu2…malu bertanya sesat jalan. Kan dah sesat!!!
Kesian aku kan,…aku baru je tahu pasal mende ni. Sebenarnya aku dah lama nak tanya pasal menda ni… ”Nabi hijrah 1 muharram ke?”. Tapi persoalan tu hanya bermain di minda je. Aku takut nak tanya sebab membayangkan orang kata…”mestilah, dah namanya pun sambutan maal hijrah!”. Tapi rupa2nya tepat sekali kata2 orang dolu2…malu bertanya sesat jalan. Kan dah sesat!!!
Menurut ustaz tu, Nabi sampai di Madinah pada tanggal 12 Rabiul Awal. Ya, Rabb rupa2nya pada tarikh tu bukan sahaja tarikh kelahiran dan kewafatan Nabi, tapi rupa2nya tarikh Nabi sampai ke Madinah juga. Subhanallah.
Untuk maklumat tambahan, takwim hijrah ini diperkenalkan atas cadangan Sayyidina Umar Al-Khattab. Semasa beliau menjadi khalifah yang kedua, seorang gabenor bernama Abu Musa menerima surat daripada beliau yang hanya menyatakan tarikh bulan Syaaban tanpa menyatakan tahun. Abu Musa menulis surat bertanya kepada beliau bulan Syaaban yang mana satu, tahun ini atau tahun hadapan? Bermula dari keadaan itu Sayidina Umar mencadangkan agar diwujudkan unit tahun dalam takwim selain haribulan dan bulan.
Wallahua'lam
Nota 1: Nabi yg dimaksudkan ialah Nabi Muhammad S.A.W.
Nota 2: Setelah dikira-kira, kiranya perbezaan 1 Muharram yg kita sambut sbg permulaan Takwim Hijrah tu berbeza sebanyak 72 hari daripada tarikh hijrah Nabi.
Langgan:
Catatan (Atom)