Islamic Widget

Khamis, 8 Disember 2011

Hijrah bukan berlaku pada 1 Muharram


Ok memula sekali nak mengaku yg dah lama nak tulis pasal menda ni, tapi tergendala dek perkara lain yg lebih utama.

Peryataan bahawa “Hijrah bukan berlaku pada 1 Muharram” ni aku baru je tahu masa menonton rancangan Al-Kuliyyah TV3 haritu bersempena sambutan maal hijrah 1433.

Kesian aku kan,…aku baru je tahu pasal mende ni. Sebenarnya aku dah lama nak tanya pasal menda ni… ”Nabi hijrah 1 muharram ke?”. Tapi persoalan tu hanya bermain di minda je. Aku takut nak tanya sebab membayangkan orang kata…”mestilah, dah namanya pun sambutan maal hijrah!”. Tapi rupa2nya tepat sekali kata2 orang dolu2…malu bertanya sesat jalan. Kan dah sesat!!!

Menurut ustaz tu, Nabi sampai di Madinah pada tanggal 12 Rabiul Awal. Ya, Rabb rupa2nya pada tarikh tu bukan sahaja tarikh kelahiran dan kewafatan Nabi, tapi rupa2nya tarikh Nabi sampai ke Madinah juga. Subhanallah.

Untuk maklumat tambahan, takwim hijrah ini diperkenalkan atas cadangan Sayyidina Umar Al-Khattab. Semasa beliau menjadi khalifah yang kedua, seorang gabenor bernama Abu Musa menerima surat daripada beliau yang hanya menyatakan tarikh bulan Syaaban tanpa menyatakan tahun. Abu Musa menulis surat bertanya kepada beliau bulan Syaaban yang mana satu, tahun ini atau tahun hadapan? Bermula dari keadaan itu Sayidina Umar mencadangkan agar diwujudkan unit tahun dalam takwim selain haribulan dan bulan.

Wallahua'lam

Nota 1: Nabi yg dimaksudkan ialah Nabi Muhammad S.A.W.
Nota 2: Setelah dikira-kira, kiranya perbezaan 1 Muharram yg kita sambut sbg permulaan Takwim Hijrah tu berbeza sebanyak 72 hari daripada tarikh hijrah Nabi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan kutuk aku tau (n_n)