Islamic Widget

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Isnin, 30 Januari 2012

Penangan AJL

Kisah ini tidak berkaitan dgn siapa yg menang AJL malam tadi. Tetapi bersangkutan dengan penangan makanan yg kami 'sental' beramai-ramai. Dalam gelap pekat common room tempat tayangan perdana AJL 2012, kami melantak fettucini carbonara, yong tau foo, twisties, maruku, kuaci, kacang gajus....dan segalahapayangadadalamstokmakanan semua kitorang sental habis. Hasilnya, SEMUA CIRIT-BIRIT. Maka bersakit perut berjemaah lah kami hari ini.

p/s-first time update blog kat makmal komputer IPG.

Ahad, 1 Januari 2012

Kesedihan itu datang lagi

Dalam dunia ini, tiada seorang pun makhluk yg  akan memahami perasaan ini selain diriku sendiri. Oleh itu, tak perlulah ada makhluk yg cuba memahami dan menebak puncanya. Biarlah ia menjadi rahsia aku bersama Sang Pencipta yg Maha Mencinta. Perasaan itu tidak boleh dilahirkan dalam bentuk penceritaan. Bahkan untuk menyusunnya dalam perkataan, frasa, ataupun ayat sekalipun adalah suatu usaha yg sia2 bagiku. Aku tidak mahu menerangkannya pada sesiapa. JANGAN PANDAI2 MENTAFSIR!!!!! Sejak pertama kali aku menjadikan ALLAH the only pendengar isi hati aku yg paling dalam, Alhamdulillah aku berpuas hati.

Tapi pernyataan tersebut tidak bermaksud aku tidak atau tidak akan meluahkan masalah aku pada sesiapa. Yup, sudah tentunya aku sebagai manusia biasa yg insyaAllah masih normal, masih memerlukan manusia sebagai peneman, sahabat, rakan, n keluarga. Aku masih seorang yg kaki bercerita. Tetapi utk masalah yg makan dalam ni. Let me n my LOVER alone!

Tepat sekali penyataan bahawa cinta ALLAH tidak akan pernah mengecewakan. Tak perlu aku cuba utk memahamkan orang lain mengenai apa yg aku rasa. Sudah tentu penafsiran dan penerimaannya berbeza. Manusia makhluk unik yg tidak akan totally sama antara satu sama lain walaupun mereka adalah kembar siam!

Cuba memahamkan orang lain mengenai perasaan kita adalah suatu usaha yg adakalanya menambahkan rasa sakit hati. Memang tepat sekali pendapat John Gray [penulis buku] mengenai ‘manusia Venus’ yg hanya memerlukan pendengar setia [mendengar dgn penuh rasa empati] utk menyelesaikan masalah yg ‘manusia Venus’ hadapi.

Tetapi berapa ramai Manusia Bumi ini yg tahu mengenai kenyataan ini? Dan dalam golongan yg tahu fakta ini [termasuk aku], berapa ramai yg boleh mempraktikkannya? Selagi seseorang ‘manusia Venus’ ini tidak mempunyai seorang teman yg mampu menjadi  pendengar setia [mendengar dgn penuh rasa empati], selagi itu seseorang ‘manusia Venus’ sukar utk menjadi seorang pendengar setia.

Persoalannya, siapakah yg akan memulakan kitaran ini???? Aku… belum cukup hebat!

*** sejak kecil lagi aku merasakan aku ialah manusia pelik yg sukar difahami oleh manusia lain***