Islamic Widget

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Rabu, 26 Januari 2011

AKU BERDEBAT

Hari ini, aku mengukir lagi satu pengalaman dlm hidup aku. AKU BERDEBAT! Haha...tak pernah aku sangka akhirnya berpeluang juga aku berdebat. Sebagai pencadang pertama pula tu. Sangat tak sangka. Walaupun aku tak mengikut format perbahasan sepenuhnya (memang tak pernah tahu format pun, tadi main redah je), tapi kira okey la kan aku dapat menyatakan hujah dan membidas pihak lawan. Em, aku tak nak la nanti org kata aku masuk bakul angkat sendiri, tp aku memang berbanggalah dengan prestasi aku tadi. (haha, bongek betul puji diri sendiri). 
Kepada yg nak tahu apa tajuk perdebatan kami tadi, kami berdebat mengenai, 'perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran'. 


Selasa, 25 Januari 2011

aku kembali!!!

hari ni, eh, dah msuk tarikh baru..Em, semalam, aku dapat peluang menyebukkan diri dalam pendaftaran KPLI. Akhirnya, setelah 2 tahun, aku kembali menyibukkan diri dalam hal2 macam ni setelah aku seperti fobia dgn jawatan dan tanggungjawab sejak peristiwa yg terjadi dlm hidup aku yg telah diceritakan dlm post aku sebelum ni, aku....dan sejarah silam. Em, semalam juga aku ada pengalaman lain, iaitu mengenali dgn seseorang. Tapi cerita tu rahsia. Sorry ok =P....

Ahad, 23 Januari 2011

kalau berpacaran

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

serba bersalah

Jika lelaki resah apabila hari2 perlu menahan mata daripada melihat aurat wanita yg bukan miliknya,(ye ke dorang resah tak nak tengok? tp sepatutnya macam tu la kan?), aku juga mengalami masalah yg serupa tapi tak sama. Bukan keresahan aku mengenai aurat lelaki, sebab aku cuma perlu elak tengok lelaki bersukan je. Sebab time tu la peak time mereka membuka aurat secara berleluasa. Tapi yg betul merunsingkan aku ialah AURAT sesama perempuan. Yg terlalu sukar utk dielak. Ingin ditegur, takut mengaibkan. Tp kalau tak ditegur, lagi mengaibkan. Persoalan yg sering timbul dlm kepala aku yg jendol ni, "dorang ni tahu tak sebenarnya BATASAN AURAT SESAMA PEREMPUAN?". Kadang2 aku takut mereka tak tahu. Dan aku yg tahu ni wajib sampaikan. Tp bila memikirkan yg semua dpt A Pendidikan Islam aku rasa serba salah. Rasanya mereka tahu, tp hanya sebagai MAKLUMAT. Bukan sebagai ILMU*. Sekarang hari2 aku berfikir, apakah status aku? berdosa @ tidak. Semakin hari, semakin serba salah. 



*ilmu = maklumat yg dihayati dan diamalkan, manakala 
maklumat = hanya fakta semata-mata.

P/s: bagi sesiapa yg mungkin akan tersinggung apabila dpt tahu mengenai penceritaan  hal ini di blog, aku minta maaf. Aku tak berniat memalukan sesiapa. Hanya ingin meluahkan perasaan yg serba bersalah.
Aku sayang korang~


maklumat tambahan
aurat sesama perempuan ialah DARIPADA PARAS PUSAT SEHINGGA LUTUT.


Aku Cemburu

Aku cemburu bukan bermakna aku dengki pd insan tu~~~

Semalam dlm sibuk aku menggodek2 blog ni dan menyelongkar blog2 orang lain, aku jumpa satu blog yg menyentuh hati aku. Pemilik blog tu yg akan aku namakan sebagai B. 

Dalam pelbagai luahan dan situasi yg B luahkan dlm blog tu, aku merasakan B seorang yg sgt tabah & sabar dlm menghadapi ujian ALLAH. Aku tak nak menghurai apakah ujian yg sdg dihadapinya.

Tapi aku ingin mengupas tentang nilai yg ada dlm masyarakat kita yg suka menghukum org lain dgn pandangan2 negatif. Suka nampak buruk kat orang lain, tapi tak nampak kat diri sendiri. Suka membunuh org dengan 'senjata tumpul' (lidah). 'Senjata tumpul' tu lebih menyakitkan kerana mangsa tak punya bukti yg si pembunuh nak bunuh dia. Senjata tu hanya menghasilkan bait2 kata yg masuk ke telinga, tanpa bau, warna @ rasa. Menyelusur hebat ke dlm fikiran dan meluluhkan hati yg halus. 

Hanya iman dan takwa dpt menangkis tusukan ini. Menjadikan gelombang bunyi yg hina tu sbg pendorong utk mendekatkan diri pd ALLAH dgn bersikap SABAR. Bukankah nabi2 terdahulu pun diuji dgn cemuhan dan ejekan kaumnya? Semakin berat dugaan ALLAH, semakin kuat iman mereka. Jadi, kita pun perlu menjadikan mereka sbg idola kita dlm menghadapi masyarakat 'pembunuh' ini.

Aku menulis, bukan bererti aku 'suci' drpd segala kesalahan. Malah, aku menulis ni pun sbb aku nak ingatkan diri aku sendiri & bukan utk hidangan kpd sesiapa. (follower aku pun cuma seorang je). Aku harap, sepanjang lbih drpd 19 tahun aku hidup ni, aku tak pernah cuba membunuh sesiapa. Jika ada sesiapa yg pernah menjadi mangsa lidah aku, aku minta maaf byk2.

Hah, kembali kpd topik asal, selain aku cemburu dgn kesabaran B, aku rasa lebih ramai lagi yg cemburu dgn B. Sebab, B dpt kasih sayang yg ramai org  tak dpt. See, ALLAH tu maha adil. B ada suami yg sgt memahami, penyayang, penyabar, & supportive. Oleh sebab aku belum kahwin, jd aku tak boleh kupas pasal suami B byk2. Nanti orang marah.

Aku cuma nak cakap betapa beruntungnya B sebab ada orang yg sayang dia di samping dia. KASIH SAYANG tu amat2lah penting dlm hidup ni. Cuba kita tengok berapa ramai manusia yg jadi jahat sebab kurang kasih sayang.   Kasih sayang ibu bapa, keluarga, sahabat merupakan penguat  dalam menghadapi ujian ALLAH. Seperti kasih sayang Siti Khadijah, Siti Fatimah dan Abu Bakar kepada Nabi Muhammad dlm menghadapi 'senjata tumpul' dan senjata tajam musuh-musuhnya.

Aku harap B sendiri sedar betapa bertuahnya dia. ALLAH uji dia, Allah beri dia peluang utk meningkatkatkan keimanan dia, dan ALLAH beri dia KASIH SAYANG.

Jika dia bandingkan dgn kehidupan individu lain yg diuji dgn segala KECUKUPAN tetapi mereka terus jauh drpd ALLAH.

 

Sabtu, 22 Januari 2011

Jangan Marah