Islamic Widget

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Ahad, 23 Januari 2011

Aku Cemburu

Aku cemburu bukan bermakna aku dengki pd insan tu~~~

Semalam dlm sibuk aku menggodek2 blog ni dan menyelongkar blog2 orang lain, aku jumpa satu blog yg menyentuh hati aku. Pemilik blog tu yg akan aku namakan sebagai B. 

Dalam pelbagai luahan dan situasi yg B luahkan dlm blog tu, aku merasakan B seorang yg sgt tabah & sabar dlm menghadapi ujian ALLAH. Aku tak nak menghurai apakah ujian yg sdg dihadapinya.

Tapi aku ingin mengupas tentang nilai yg ada dlm masyarakat kita yg suka menghukum org lain dgn pandangan2 negatif. Suka nampak buruk kat orang lain, tapi tak nampak kat diri sendiri. Suka membunuh org dengan 'senjata tumpul' (lidah). 'Senjata tumpul' tu lebih menyakitkan kerana mangsa tak punya bukti yg si pembunuh nak bunuh dia. Senjata tu hanya menghasilkan bait2 kata yg masuk ke telinga, tanpa bau, warna @ rasa. Menyelusur hebat ke dlm fikiran dan meluluhkan hati yg halus. 

Hanya iman dan takwa dpt menangkis tusukan ini. Menjadikan gelombang bunyi yg hina tu sbg pendorong utk mendekatkan diri pd ALLAH dgn bersikap SABAR. Bukankah nabi2 terdahulu pun diuji dgn cemuhan dan ejekan kaumnya? Semakin berat dugaan ALLAH, semakin kuat iman mereka. Jadi, kita pun perlu menjadikan mereka sbg idola kita dlm menghadapi masyarakat 'pembunuh' ini.

Aku menulis, bukan bererti aku 'suci' drpd segala kesalahan. Malah, aku menulis ni pun sbb aku nak ingatkan diri aku sendiri & bukan utk hidangan kpd sesiapa. (follower aku pun cuma seorang je). Aku harap, sepanjang lbih drpd 19 tahun aku hidup ni, aku tak pernah cuba membunuh sesiapa. Jika ada sesiapa yg pernah menjadi mangsa lidah aku, aku minta maaf byk2.

Hah, kembali kpd topik asal, selain aku cemburu dgn kesabaran B, aku rasa lebih ramai lagi yg cemburu dgn B. Sebab, B dpt kasih sayang yg ramai org  tak dpt. See, ALLAH tu maha adil. B ada suami yg sgt memahami, penyayang, penyabar, & supportive. Oleh sebab aku belum kahwin, jd aku tak boleh kupas pasal suami B byk2. Nanti orang marah.

Aku cuma nak cakap betapa beruntungnya B sebab ada orang yg sayang dia di samping dia. KASIH SAYANG tu amat2lah penting dlm hidup ni. Cuba kita tengok berapa ramai manusia yg jadi jahat sebab kurang kasih sayang.   Kasih sayang ibu bapa, keluarga, sahabat merupakan penguat  dalam menghadapi ujian ALLAH. Seperti kasih sayang Siti Khadijah, Siti Fatimah dan Abu Bakar kepada Nabi Muhammad dlm menghadapi 'senjata tumpul' dan senjata tajam musuh-musuhnya.

Aku harap B sendiri sedar betapa bertuahnya dia. ALLAH uji dia, Allah beri dia peluang utk meningkatkatkan keimanan dia, dan ALLAH beri dia KASIH SAYANG.

Jika dia bandingkan dgn kehidupan individu lain yg diuji dgn segala KECUKUPAN tetapi mereka terus jauh drpd ALLAH.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan kutuk aku tau (n_n)